Podcast Realiti Rakyat: Cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19

Astro Awani
Mei 14, 2020 04:34 MYT
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan normal baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Jabatan Teknologi Pertanian UPM, Prof Madya Dr Norsida Man dan Pengurus D&H Plantations, Kundasang, Shahrizal Denci, dalam membincangkan cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19.
Pada April, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati pekerjaan dalam sektor pertanian merekodkan kehilangan pekerjaan kedua tertinggi dengan 21.9 peratus, selepas pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dengan 35.4 peratus.
Tambah lagi apabila kira-kira 56 peratus sektor pertanian juga berstatus 'tidak standard' atau non standard. Ini bermaksud, mereka tidak bekerja sepenuh masa atau tidak mempunyai kontrak pekerjaan formal, malah ramai yang bekerja sendiri.
Bagaimana untuk memastikan pengusaha dan pekerja sektor pertanian dapat menangani cabaran dan kelangsungan ketika PKP masih berkuatkuasa serta pasca PKP ini dalam situasi normal baharu hari ini?
Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.
#coronavirus #COVID-19 #Dr Norsida Man #Ketua Jabatan Teknologi Pertanian UPM #koronavirus #Pengurus D&H Plantations #podcast #rakyat #Realiti Rakyat #Shahrizal Denci