PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8

Media Statement
Disember 18, 2014 19:13 MYT
PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8
1) Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama Naib Canselor dan TNC HEP pada isnin yang lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, PMUM sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.
2) Kami dimaklumkan hari esok kesemua mangsa UM8 akan pergi menghantar surat rayuan kepada Naib Canselor menuntut agar hukuman itu digugurkan dengan segera.
3) PMUM berharap agar intipati rayuan tersebut dapat dipenuhi agar memberikan keadilan buat kesemua mangsa UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta. Jika didalam pertemuan saya bersama Naib Canselor beliau seringkali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka.
4) Umum mengetahui keputusan yang telah dijatuhkan tersebut langsung tidak adil dan tidak perikemanusian. Rakan-rakan kami yang telah mengikuti pengajian selama 13 minggu dan hanya berbaki 1 minggu sahaja untuk menghabiskan pengajian semester ini tidak dapat dilakukan selepas hukuman tersebut berkuatkuasa serta-merta pada semester ini.
5) Kami percaya dengan semangat juang yang tinggi yang mereka miliki, ini tidak akan mematahkan semangat mereka dan PMUM komited bersolidariti bersama rakan UM8 atas dasar kesedaran dan bukan semangat individu atau kepartian. Kami akan terus membantu dan memperjuangkan mana-mana mahasiswa yang ditindas oleh mana-mana pihak.
6) Maka, sebagai tanda solidariti dan sokongan buat mereka saya menyeru kesemua mahasiswa/i untuk hadir beramai-ramai ke bangunan Canseleri pada hari esok (Jumaat) jam 10.30 pagi mengiringi kesemua mangsa UM8 menghantar surat rayuan tersebut.
#Solidariti4UM8
----------------------------------------------------
Mohd Ammar Bin Atan ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15
#PMUM #UM8
;