PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini
Fareez Azman
Jun 28, 2021 15:52 MYT
Jun 28, 2021 15:52 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada petang ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI pada jam 5 petang ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat terkesan akibat COVID-19.
Jelasnya, pengumuman itu merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar oleh PM Muhyiddin.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pada Isnin turut mengumumkan, 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen /kWj bermula 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Jelasnya dalam pengumuman sebelum ini, pengguna domestik dan industri menikmati rebat elektrik 2 sen/kWj bermula 1 Januari lalu dan sepatutnya berakhir Rabu ini.
Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, pemberian rebat tambahan itu membolehkan semua pemegang akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus dalam tempoh berkenaan.
#Muhyiddin Yassin
#Facebook
#TNB
#PM
#Perdana Menteri
#Parlimen
#ekonomi
#COVID-19
#Moratorium
#PEMULIH
#pakej bantuan
#BPR
#Vaksin COVID19