PM umum berita gembira menjelang Aidilfitri petang ini

Sinar Harian
April 18, 2023 04:48 MYT
Orang ramai khususnya rakyat Malaysia boleh mengikuti sidang akhbar berkenaan melalui saluran media sosial termasuk Facebook Pejabat Perdana Menteri. - Fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman menarik menjelang Aidilfitri dalam sidang akhbar pada jam 2 petang ini.
Orang ramai khususnya rakyat Malaysia boleh mengikuti sidang akhbar berkenaan melalui saluran media sosial termasuk Facebook Pejabat Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Anwar dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh memaklumkan akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter miliknya turut menyatakan perkara sama.
Berdasarkan ciapan tersebut, rata-rata pengguna sosial media berkenaan kebanyakan mereka membuat tekaan bahawa pengumuman tersebut adalah berkaitan tol percuma di seluruh Malaysia.
Tidak kurang juga ada yang berharap berita baik itu adalah pengumuman pemberian duit raya oleh kerajaan. -- Sinar Harian
#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Berita Gembira #Aidilfitri