PM umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara - PM
Fareez Azman
Ogos 30, 2022 11:21 MYT
Ogos 30, 2022 11:21 MYT
PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.
“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.
“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.