PM ucap takziah kepada Tuan Ibrahim atas pemergian ibu

Bernama
Mac 15, 2022 04:04 MYT
Perdana Menteri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Twitter malam tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, di atas pemergian ibunya Nik Hasanah Nik Mat.
Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Twitter malam tadi.
"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," menurut ciapan itu.
Terdahulu Tuan Ibrahim memaklumkan berita itu di laman Facebook beliau.
Difahamkan Nik Hasanah, 81, yang merupakan adik kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, meninggal dunia di rumahnya di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang akibat uzur.
BACA: Ibu Tuan Ibrahim meninggal dunia
Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu Balai, Jerantut, Pahang pada 10 pagi ini dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu Balai.
-- BERNAMA
#ismail sabri yaakob #takziah #Tuan Ibrahim Tuan Man #ibu meninggal dunia
;