PM ucap takziah kepada keluarga tragedi Sungai Muar

Bernama
Februari 24, 2014 00:00 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa lemas di Sungai Muar, Johor.
Perdana Menteri menerusi laman twitter beliau turut mendoakan agar keluarga terbabit tabah dalam menghadapi ujian tersebut.
"Semoga keluarga mangsa-mangsa lemas di Sg Muar tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah dari saya dan isteri. Al-Fatihah," katanya.
Dalam kejadian 8.50 pagi Jumaat, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu, sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai itu.
Selain Mohd Hafizuddin, tujuh lagi yang terkorban dalam insiden itu ialah Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izoan Hakimis Amin, 16, Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, Nazirul Aminuddin Zamri, 15, Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.
#lemas #Najib Tun Razak #PM #Sungai Muar