PM ucap takziah atas pemergian Kanang

Bernama
Januari 3, 2013 20:51 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau atas pemergian pahlawan negara itu.
"Jasa mendiang kepada negara akan sentiasa dikenang," katanya dalam tweet terbarunya.
Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada pukul 1.45 pagi ini kerana serangan jantung.
Kanang yang merupakan anak jati Sarawak menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 hingga 1983.
#Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau #Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
;