PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr Wan Azizah

Bernama
Oktober 24, 2022 03:15 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibunya. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis awal pagi tadi.
"Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.
"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau hari ini.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
BACA: Ibu Wan Azizah meninggal dunia, Anwar batal jelajah ke Sarawak
-- BERNAMA
#ismail sabri yaakob #Mariah Khamis #Wan Azizah Wan Ismail #takziah