PM ucap selamat Hari Bapa

Bernama
Jun 20, 2021 08:40 MYT
Beliau berkata sebagai golongan yang sering menjadi wira, model dan inspirasi kepada anak-anak, bapa tentunya telah melakukan terbaik dalam mendidik serta membesarkan anak masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.
Beliau berkata sebagai golongan yang sering menjadi wira, model dan inspirasi kepada anak-anak, bapa tentunya telah melakukan terbaik dalam mendidik serta membesarkan anak masing-masing.
"Kepada semua yang masih ada bapa, hargai mereka selagi mereka ada. Sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan masing-masing.
"Kepada yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
-- BERNAMA
#Muhyiddin Yassin #PM #Perdana Menteri #hari bapa