PM, TPM ucap takziah atas pemergian ibu Menteri Besar Selangor

Bernama
Februari 18, 2017 06:26 MYT
Ibu Mohamed Azmin (gambar), Che Tom, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini pada 2.14 pagi ini. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas pemergian ibunya, Che Tom Yahaya awal pagi tadi.
"Takziah kepada YAB @AzminAli & keluarga atas pemergian bonda tercinta, Hajah Che Tom Yahaya. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. al-Fatihah," katanya menerusi akaun Twitter rasmi beliau.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada Mohamed Azmin menerusi akaun Twitternya.
"Takziah untuk DS Azmin atas kembalinya ke rahmatullah bonda beliau. PM & saya telah bercakap melalui telefon dengan beliau jam 6 tadi. al-Fatihah.

Takziah kpd YAB @azminali &keluarga atas pemergian bonda tercinta, Hajjah Che Tom Yahaya. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah utk DS Azmin atas kembalinya ke rahmatullah bonda beliau. PM & saya telah bercakap melalui telefon dgn beliau jam 6 tadi. Alfatehah.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Che Tom, 82, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini pada 2.14 pagi ini.
-- BERNAMA
#Ahmad Zahid Hamidi #Che Tom #meninggal dunia #Mohamed Azmin Ali #Najib Razak #Twitter