PM, TPM dan pemimpin politik ucap takziah pada keluarga Tan Sri Azizan

Astro Awani
September 26, 2013 06:33 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini.
"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.

Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan takziah atas pemergian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Al-Fatihah. Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain dua pemimpin utama negara tersebut, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama mengucapkan takziah.

Innalillah..Allhyrhm Ustaz Azizan mantan MB Kedah,sahabat dan pemimpin Pas;pejuang gigih yg berjasa.Moga Allah cucuri rahmat keatas ruhnya

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa pemimpin politik yang lain turut sama merakamkan takziah atas kehilangan tokoh PAS itu.

Bagi pihak rakyat Kota Belud, saya ucapkan takziah kpd keluarga Datuk Azizan Abd Razak yang meninggal pagi tadi. Alfatihah. #fb

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfaatihah. Baru terima pengesahan atas kematian Ust Azizan Abdul Razak mantan Menteri Besar. Semoga rohnya dirahmati Allah insyaAllah.

— Khalid Samad (@KhalidSamad) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Deepest condolences to family of former Kedah Pakatan Rakyat Mentri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak on his passing. RIP

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dpt mklum mantan Menteri Besar Kedah Ust Azizan telah kembali ke rahmatullah sebentar td. Takziah dr sy kepada... http://t.co/9FoTQ658Ob

— Noh Omar (@nohomar) September 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azizan, 69, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahyah.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang.
#Anwar #Lim Kit Siang #Muhyiddin #najib #takziah