PM tiba di Sabah untuk lawatan rasmi dua hari

Ruzaini Zulkepli
Mac 21, 2021 19:06 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 6 petang tadi. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 6 petang tadi.
Beliau mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula hari ini.
Ketibaan Muhyiddin disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berserta tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam serta dan pemimpin setempat.
Pedana Menteri dijadualkan akan memulakan programnya di Magellan Sutera Harbour, pada jam 7.30 malam ini.
Selain itu, Muhyiddin juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
#PM tiba di Sabah #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #lawatan dua hari #lawatan rasmi #Sabah #KKIA #Kota Kinabalu #Magellan Sutera Harbour #GRS
;