PM sedih dengan insiden letupan di Istanbul
Astro Awani
Januari 13, 2016 11:00 MYT
Januari 13, 2016 11:00 MYT
Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa dukacita dengan insiden pengeboman di Istanbul, Turki semalam yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa.
Menerusi laman Facebook dan Twitternya, Perdana Menteri berkata insiden tersebut merupakan satu lagi peringatan tentang pentingnya untuk memerangi ekstremisme.
"Sedih mendengar tentang pembunuhan itu di Istanbul oleh pengebom berani mati Daesh.
"Satu lagi peringatan betapa perlunya kita untuk memerangi ekstremisme, di mana jua ia berada," katanya pagi tadi.
Semalam, satu letupan bom telah menggegarkan pusat bersejarah Sultanahmet, yang menjadi destinasi popular pelancong di Istanbul.
Letupan yang disyaki dilakukan oleh seorang pengebom berani mati militan Dash, telah mengorbankan
sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lebih 15 orang.
AFP melaporkan berdasarkan laporan saksi, insiden letupan boleh didengaru di daerah berhampiran.
Pada Oktober tahun lepas, 86 orang maut manakala 150 lagi cedera susulan dua letupan bom di Ankara.
#Daesh
#daish
#IS
#Islamic State
#letupan bom Istanbul
#Najib Razak
#pengebom berani mati
#serangan di Turki
#Sultanahmet