PM sampaikan amanat Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra esok
Hilmi Malik
Disember 30, 2022 19:33 MYT
Disember 30, 2022 19:33 MYT
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat Tahun Baharu 2023 pada Sabtu (esok) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.
Amanat itu akan disampaikan Perdana Menteri pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang bermula pada jam 8 malam.
“Insya-Allah, esok saya akan bersama dalam program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya.
“Saya juga akan turut menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 pada jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Perdana Menteri dalam masa sama mengajak seluruh rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk turut serta dalam program berkenaan yang bermula seawal jam 6.30 petang.
Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember, dibatalkan.
Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang.Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat Tahun Baharu 2023 pada Sabtu (esok) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.
Amanat itu akan disampaikan Perdana Menteri pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang bermula pada jam 8 malam.
“Insya-Allah, esok saya akan bersama dalam program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya.
“Saya juga akan turut menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 pada jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Perdana Menteri dalam masa sama mengajak seluruh rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk turut serta dalam program berkenaan yang bermula seawal jam 6.30 petang.
Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember, dibatalkan.
Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang.