PM pulang ke kampung halaman, ziarah pusara ibu bapa

Astro Awani
Ogos 28, 2021 04:56 MYT
Ismail Sabri menziarahi pusara kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Temerloh, Pahang, genap seminggu selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Beliau tiba di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh jam 11.30 pagi tadi.
Ismail Sabri menziarahi pusara kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat.
Hadir sama bersama beliau adalah Imam Hashim Jaya, Kadi Temerloh, Abdul Aziz Abdul Karim, Che Po Che Mamat dan Abdul Manaf Yaakob.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Selamatkan Keluarga Malaysia - PM
#ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #Temerloh Pahang #lubuk kawah