PM Najib yakin Abang Johari dapat teruskan legasi Adenan

Bernama
Januari 13, 2017 20:58 MYT
Datuk Seri Najib yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. - Gambar BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Perdana menteri berkata ia termasuk membawa Sarawak terus maju dan kekal makmur.
"Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas sebagai ketua menteri Sarawak," kata Najib dalam catatan di Facebook dan Twitter.

Tahniah & selamat bertugas kepada Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 13, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching petang ini.
Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.
Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.
-- BERNAMA
#Allahyarham Tan Sri Adenan Satem #Datuk Amar Abang Johari Tun Openg #Datuk Seri Najib Tun Razak