PM Najib umum bantuan khas RM500 kepada pekebun kecil getah

Bernama
Jun 10, 2016 12:37 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM194,055,500 kepada wakil pekebun Ahmad Rashidi Pandak Abd Samat (kiri) pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Gerah 2016 di Dewan Jubli Perak. - FotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka.
Beliau berkata bantuan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM194 juta.
Bantuan khas RM500 itu dibayar secara 'one off' kepada semua penerima bermula hari ini, katanya.
"Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.
"Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini, hari ini.
#Najib Razak #PRK Kuala Kangsar
;