PM Najib ucap takziah atas pemergian Tan Sri SM Salim

Bernama
Disember 29, 2016 14:01 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air dan warisan dunia Melayu.
Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi tersohor negara itu yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di sini hari ini.
"Salam takziah kepada keluarga TS SM Salim. Allahyarham banyak sumbang jasa dalam bidang seni dan warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Salam takziah kpd keluarga TS SM Salim. Allahyarham byk sumbang jasa dlm bidang seni & warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini selepas solat Jumaat esok.
SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.
-- BERNAMA
#lagu-lagu Melayu klasik #PM Najib #SM Salim