PM Najib ucap takziah

Astro Awani
April 16, 2018 20:08 MYT
PM Najib turut menyertakan gambar hitam putih kenangannya bersama Allahyarham. - Foto Twitter PM Najib Razak
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan Allahyarhamah Tan Sri Napsiah Omar sebagai pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.
Dalam entri terbaharu di Twitter rasminya, PM Najib menzahirkan rasa sedih ke atas pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang meninggal dunia akibat barah hati di kediaman anaknya di Ampang Jaya, Selangor pada 6.10 petang Isnin.

PM Najib turut menyertakan gambar hitam putih kenangannya bersama Allahyarham.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Perginya pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Napsiah Omar hari ini.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Perginya pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Napsiah Omar hari ini. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah, bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah. pic.twitter.com/NgdIcEvJFI

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah, bahawa yang menjadikan Umno hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya.

#Ampang Jaya #belasungkawa #menteri Kabinet #Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat #Najib Razak #Napsiah Omar #UMNO
;