PM Najib ucap tahniah murid cemerlang UPSR 2016

Bernama
November 17, 2016 03:53 MYT
Seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.
"Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang #UPSR2016. Jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru.
"Jika keputusan kurang memuaskan, usaha lebih lagi," kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Tahniah kpd yg dpt keputusan cemerlang #UPSR2016. Jgn lupa ucap trm ksh kpd ibu bapa, guru2. Jika keputusan kurang memuaskan,usaha lbh lagi!

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: UPSR: Hanya 1.11 peratus pelajar capai semua 'A'
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan UPSR 2016 hari ini berkata seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran.
Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksa-naan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). -- Bernama
#Najib Razak #Ujian Pencapaian Sekolah Rendah #upsr 2016