PM Najib ucap tahniah kepada pasukan debat UIAM

Bernama
November 20, 2016 13:31 MYT
Pasukan debat universiti itu diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore (kiri) dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey (kanan). - Foto fail Bernama
Kejayaan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjuarai Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) di University of Cambridge, Ahad lepas, telah menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata senarai lawan yang ditewaskan pendebat dari UIAM itu bukan calang-calang, yang menyaksikan mereka menewaskan pencabar dari University of Oxford serta universiti lain.
"Tahniah UIA Malaysia! #SoaringUpwards," katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

.@iiudebate juara debat Cambridge IV! Sy baca senarai lwn yg ditewaskan bkn calang2, Oxford & byk lg. Tahniah UIA Malaysia! #SoaringUpwards

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
UIAM dalam satu kenyataan, berkata pasukan debat universiti itu diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.
Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.
Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 Nov lepas itu, disertai 100 pasukan daripada seluruh dunia termasuk Harvard University dan Durham University. -- Bernama
#Ameera Natasha Moore #kejohanan #London #Mubarrat Wassey Debat Antara Universiti #Najib Razak #Perdana Menteri #UIAM #Universiti Islam Antarabangsa Malaysia #University of Cambridge