PM Najib ucap tahniah kejayaan lima universiti awam

Bernama
Jun 9, 2017 09:50 MYT
Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan tertinggi ranking tersebut iaitu di tangga ke-114. - Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada lima universiti awam negara yang berjaya menduduki dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS 2017/2018.
Lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM) di tangga ke-114, Universiti Putra Malaysia (UPM-229), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-230), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-253) dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-264.
"Tahniah kepada Naib-naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM di atas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan," kata Najib menerusi laman Twitternya, tengah malam tadi.

Tahniah kpd Naib naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM diatas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan . /p>— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 8, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semua universiti berkenaan berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lepas iaitu UM di tempat ke-133 tahun lalu, UPM (270), UTM (288), UKM (302) dan USM di tangga ke-330.
-- BERNAMA
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Perdana Menteri #universiti awam #Universiti Kebangsaan Malaysia #universiti malaya #Universiti Putra Malaysia #Universiti Sains Malaysia #Universiti Teknologi Malaysia #universiti terbaik dunia
;