PM Najib ucap selamat maju jaya kepada calon PT3

Bernama
Oktober 8, 2017 15:16 MYT
Datuk Seri Najib mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula Isnin. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) esok.
"Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 esok. Do your best! (buatlah yang terbaik)," katanya menerusi catatan Twitter beliau hari ini.

Selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 esok. Do your best!

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 425,251 calon akan menduduki ujian bertulis PT3 yang bermula esok hingga Khamis ini.
Daripada jumlah itu, seramai 394,458 calon adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan manakala 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, kata Kementerian Pendidikan.
PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
- BERNAMA
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Penilaian Menengah Rendah #PT3 #Twitter