Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail, 57, yang meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi.
Najib yang diiringi timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman Zainudin di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail di sini, kira-kira 10 malam, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Khas bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Menara Datuk Onn di sini.
Najib dan Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Ruziah Yaacob dan anaknya Muhammad Arif, serta membaca doa untuk Allahyarham.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tanj Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim.
Sementara itu, Muhammad Arif berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir semasa koma setelah menjalani pembedahan ketumbuhan dalam otak.
"Ayah mula tidak stabil kira-kira 7 malam. Keadaan semakin teruk selepas itu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi semua anggota keluarga," katanya kepada Bernama.
Beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang tegas namun amat mementingkan hubungan kekeluargaan.
Beliau berkata bapanya menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mei tahun lepas sebelum koma kira-kira dua bulan lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang.
Jenazahnya akan dibawa pulang ke Jelebu malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir, Jelebu sebelum Zohor esok.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan masyarakat Jelebu.
Pada pilihan raya umum lepas, Zainudin menewaskan Raj Munni Sabu daripada PAS dengan majoriti 7,101 undi. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 06 2017
![PM Najib, TPM Zahid ziarah jenazah Ahli Parlimen Jelebu PM Najib, TPM Zahid ziarah jenazah Ahli Parlimen Jelebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71512578626_MPJelebu.jpg)
Najib (dua, kiri) dan Ahmad Zahid (dua, kanan) melawat jenazah Zainudin sambil mengucapkan takziah kepada Ruziah (kiri) di Villa Puteri Condo, Jln Tun Ismail, Kuala Lumpur. - BERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kualiti kewartawanan negara amat baik - Jalaluddin Kualiti kewartawanan negara amat baik - Jalaluddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685344195_hariwartawan.jpg)
Kualiti kewartawanan negara amat baik - Jalaluddin
Ujarnya, tanpa fungsi dan kewujudan para pengamal media ini, laporan dan informasi yang terkini dan sahih tidak dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan berita penuh komprehensif.
![Laporan berita saya tenat tidak benar - Ahli Parlimen Jelebu Laporan berita saya tenat tidak benar - Ahli Parlimen Jelebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528429274_JalaluddinAlias.jpg)
Laporan berita saya tenat tidak benar - Ahli Parlimen Jelebu
Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa beliau sedang tenat.