PM Najib: "Tidak akan ada penghormatan terakhir untuk Chin Peng"
Astro Awani
September 19, 2013 07:00 MYT
September 19, 2013 07:00 MYT
Tiada penghormatan terakhir dari kerajaan akan diberikan kepada bekas pemimpin nombor satu Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand pada Isnin lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan sesekali memberi penghormatan terhadap orang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan kerosakan yang dilakukan yang dilakukan terhadap ribuan masyarakat dan negara pada zaman Darurat dulu.
“Tidak perlu untuk itu dan dalam konteks ini, kita perlu melihat bagaimana beliau (Chin Peng) bertanggungjawab terhadap kematian ribuan orang termasuk pasukan keselamatan seperti tentera dan polis. Malah, ada juga tercedera dan ada yang kehilangan kehidupan mereka akibat keganasan komunis. Kita tidak harus melupakan itu,” kata Najib.
Klik pada video untuk berita selanjutnya.