PM Najib terima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Bernama
Disember 20, 2016 02:43 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergambar bersama anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semasa menerima kunjungan delegasi itu. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mengetuai rombongan itu ialah Pengerusi LPPR Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bersama tujuh anggota LPPR, antaranya ialah Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Kheng.
Turut serta dalam delegasi ialah Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Datuk Dr Hamzah Kassim.
Dalam perjumpaan kira-kira 30 minit itu, Najib dan anggota LPPR bertukar pandangan mengenai cadangan penambahbaikan dalam usaha memantapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pembentukan LPPR diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM.
-- BERNAMA
#kunjungan hormat #Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah #LPPR #Perdana Menteri