PM Najib pantau situasi terkini banjir, pastikan bantuan mencukupi

Bernama
Januari 3, 2018 10:01 MYT
Setakat hari ini, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak dilanda banjir dan mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memantau situasi banjir di beberapa negeri di selatan dan pantai timur serta memastikan bantuan mencukupi diberikan kepada mereka yang terjejas.
Perdana Menteri juga mengingatkan semua mangsa mengutamakan keselamatan diri dan mendengar arahan pihak berkuasa serta meminta mereka supaya tabah.
"Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir. Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa," katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir. Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat hari ini, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak dilanda banjir dan mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Situasi banjir juga menyebabkan beberapa sekolah di kawasan terjejas terpaksa ditutup untuk sementara waktu. - BERNAMA
#banjir #Johor #Kelantan #Najib Razak #Pahang #Pantai Timur #Sabah #Sarawak #terengganu