PM Najib kutuk serangan di New York

Astro Awani
November 1, 2017 10:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan rempuhan trak yang menyebabkan lapan terbunuh dan puluhan lagi cedera di Lower Manhattan, New York. -Reuters
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan rempuhan trak yang menyebabkan lapan terbunuh dan puluhan lagi cedera di Lower Manhattan, New York.
Datuk Seri Najib menerusi akaun Twitter rasminya menyifatkan serangan pada tengah hari Selasa itu sebagai tindakan pengecut terhadap orang awam.

My thoughts & prayers for New York City. Innocent lives were lost today. We stand together against cowardice attacks on humanity.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 31, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ingatan dan doa saya untuk New York. Mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa hari ini.
"Kami bersama-sama berdiri teguh menentang tindakan pengecut terhadap kemanusiaan," tulis beliau.
Dalam kejadian yang dianggap sebagai serangan pengganas itu, suspek berusia 29 tahun memandu sebuah trak sewa dan merempuh penunggang basikal serta pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah.
BACA: 8 terbunuh, puluhan cedera dalam insiden rempuhan trak di New York
Suspek kemudian dilapor keluar daripada kenderaan sambil memegang dua senapang iaitu senapang angin dan senapang 'paintball', sebelum ditembak di perut oleh polis dan ditahan sejurus kemudian.
#cedera #kejam #kutuk #Najib Razak #New York #pengecut #Perdana Menteri #senapang #serangan #Terbunuh #trak #Twitter
;