PM Najib kutuk serangan di London

Astro Awani
Jun 4, 2017 04:56 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan di London pada Sabtu malam yang setakat ini telah mengorbankan enam nyawa orang awam dan mencederakan 30 yang lain. -Reuters
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan di London pada Sabtu malam yang setakat ini telah mengorbankan enam nyawa orang awam dan mencederakan 30 yang lain.
Beliau berkongsi rasa itu melalui kemas kini di laman sosial.
“Serangan ganas yang dahsyat di London. Saya terkejut dan jelak. Malaysia mengutuk perbuatan keji itu dan kami bersama rakyat Britain,” tulisnya.

Devastating terror attacks in London. I am shocked and disgusted. Malaysia condemns the heinous acts and we stand with the people of Britain

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 4, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiga kejadian serangan dilaporkan berlaku di London awal pagi ini, waktu Malaysia.
Dalam kejadian pertama di London Bridge, beberapa orang cedera dilanggar sebuah van di kawasan pejalan kaki.
Sementara itu, kejadian tikam serta tembakan dilaporkan di Borough Market, berdekatan London Bridge.
Polis Metropolitan mengesahkan kejadian ketiga berlaku di kawasan Vauxhall yang terletak hampir 4 kilometer dari London Bridge.
#Datuk Seri Najib Tun Razak #London #Perdana Menteri