PM Najib kecewa kenyataan pengerusi MARA diputar-belit

Bernama
Jun 24, 2015 20:31 MYT
.... Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa kenyataan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia diputarbelitkan sesetengah
media.
Najib menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.
"Walau bagaimanapun, siasatan akan dilakukan oleh pihak berkuasa," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.
Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputar-belit oleh sesetengah media
Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Annuar dalam sidang media hari ini berkata Mara mengadakan audit dalaman dan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd, berhubung dakwaan penipuan dalam pembelian hartanah di Melbourne membabitkan pegawai kanannya.
Annuar berkata proses audit di samping siasatan SPRM, kedua-duanya yang bermula sejak beberapa minggu lepas, masih berjalan.
#Annuar Musa #Majlis Amanah Rakyat #MARA #Melbourne #Najib Razak
;