PM Najib hadir mesyuarat bersama Dewan Perniagaan Malaysia-Amerika
Bernama
Februari 16, 2017 12:39 MYT
Februari 16, 2017 12:39 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri mesyuarat bersama anggota Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Bangunan Perdana Putra di sini.
Delegasi AMCHAM diketuai Pengarah Eksekutifnya Siobham Das.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
-- BERNAMA