KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru kuasa ekonomi yang menghasilkan vaksin supaya mengelakkan berlakunya lambakan bekalan dan sebaliknya berkongsi negara yang memerlukan berikutan rundingan untuk memperoleh bekalan itu mengambil masa.
Katanya nasionalisme vaksin dan lambakan bekalan itu adalah tidak produktif dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi dan membuka laluan untuk pemulihan merentas negara.
Pada masa sama, beliau menggesa negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkukuhkan kerjasama untuk akses bekalan vaksin COVID-19 secara saksama dan mampu dibeli untuk kegunaan semua.
"Kami telah melihat bahawa terdapat hubung kait antara kejayaan program vaksinasi atau peningkatan kadar inokulasi dan keupayaan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi.
"Dengan penularan tinggi varian baharu, vaksin COVID-19 adalah penghubung nyawa bagi rakyat kita" katanya semasa sesi intervensi pada Pemukiman Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin APEC yang diadakan secara maya hari ini.
Justeru, Perdana Menteri berkata ekonomi negara berdasarkan antara kerajaan perlu memastikan bahawa jurang vaksinasi global yang ketara bukanlah satu halangan dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan serta mesti bertindak dengan bijak bagi memastikan tiada negara yang tertinggal di akhir garisan penamat COVID-19.
"Dengan semangat ini, sambil menekankan kepentingan memelihara insentif untuk inovasi, Malaysia menyokong inisiatif global untuk meningkatkan kapasiti vaksin global termasuk menerusi rundingan di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai pengecualian sementara peruntukan tertentu pada Perjanjian Perdagangan WTO Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek (TRIPS).
"Ini adalah langkah ke arah yang betul kerana keadaan luar biasa memerlukan langkah luar biasa," katanya.
Muhyiddin berkata walaupun ia menenangkan untuk melihat keadaan tertentu kembali ke tahap normal dalam beberapa negara namum banyak negara lain masih bergelut untuk memulihkan semula kestabilan ekonomi.
"Nasib yang pelbagai ini menjadi punca kepada kebimbangan. Realitinya, dalam dunia globalisasi, kita semua saling bergantung dan salingan berkaitan dan ini memerlukan kita untuk mengambil tindakan segera dan tabah secara kolektif," katanya.
Dalam notanya, Muhyiddin juga berkata pandemik COVID-19 telah banyak memberi kesan kepada kesalinghubungan rakyat kepada rakyat termasuk perjalanan rentas sempadan yang kini dianggap sebagai aktiviti berisiko tinggi.
"Ada pihak me\ungkin mengatakan ia adalah titik kepada permasalah. Membuka semula sempadan kami semasa era pandemik ini adalah berbahaya dan ia memerlukan perancangan amat teliti dan tahap keyakinan tertinggi daripada semua pihak," katanya.
Beliau, bagaimanapun, memuji Jepun dan rakan sejawatnya Yoshihide Suga kerana menganjurkan temasya sukan terbesar iaitu Sukan Olimpik 2020 yang bermula minggu depan.
Menurut Muhyiddin penganjuran temasya sukan itu menjadi bukti pergerakan rentas sempanan mampu dilaksanakan di bawah peraturan ketat dan persekitaran terkawal.
Oleh itu, jelasnya, di sini terletaknya peluang untuk APEC mencari jalan tengah dalam memulihkan semula industri pelancongan dan kesalinghubungan rakyat di rantau ini dalam persekitaran yang selamat.
"Saya menggesa anggota negara APEC supaya membincangkan usaha mewujudkan gelembung perjalanan dan aturan kuarantin serta mengiktiraf pensijilan vaksinasi tanpa mengetepikan keperluan global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Muhyiddin berkata semua mesti menerima hakikat bahawa industri pelancongan yang satu ketika dulu rancak dan menjadi pemangkin serta menjadi nadi kepada perniagaan khusus peniaga kecil, dilanda kesan teruk akibat pandemik ini.
Katanya beliau berharap dan optimis bahawa perbincangan pada sesi pemukiman ini akan menjadi asas kepada program perkongsian ilmu dan pembinaan kapasiti di APEC.
"Beberapa hasil perbincangan ini boleh dimasukkan dalam pelaksanaan Visi Putrajaya 2040," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin negara APEC yang menyertai Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern malam ini. - BERNAMA
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.
COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.
67 peratus Orang Asli sudah divaksin - Mahdzir
Data terkini juga menunjukkan seramai 172,155 Orang Asli layak divaksin melibatkan golongan dewasa berjumlah 144,180 orang dan 27,975 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
COVID-19: Vietnam lulus penggunaan vaksin Abdala
Vaksin Abdala adalah vaksin ke-8 yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.
CITF diminta tambah tujuh lagi PPV bergerak di Johor - Menteri
CITF diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.
COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Perkembangan tersebut turut disumbang oleh pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.
Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.
COVID-19: 65.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 65.1 peratus atau lebih 15.24 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin.