PM, menteri ucap Selamat Tahun Baharu Cina
Astro Awani
Februari 11, 2021 20:45 MYT
Februari 11, 2021 20:45 MYT
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa anggota kabinet turut menzahirkan ucapan sempena kedatangan tahun Lembu itu.
Perdana Menteri dalam pautan terbaharu di laman Twitternya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina bagi pihak isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan keluarga mereka.
Selain Muhyiddin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Malaysia berketurunan Cina.
"Banyak yang kita lalui dalam setahun ini. Salah satunya, kita perlu raikan perayaan dengan cara yang sangat bersederhana termasuk #CNY2021.
"Saya harap kita kekal tabah dan terus berbanding bahu harungi ujian ini. Semoga Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan perpaduan dan membawa kebaikan," kata Hishammuddin.
Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap kedatangan Tahun Lembu disambut dengan dengan janji baharu untuk bekerjasama demi kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran.
"Marilah kita menyambut Tahun Lembu dengan janji baharu untuk bekerjasama demi kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat kita dan membina masa depan yang cerah dan menjanjikan untuk semua," katanya.
Selain itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamauruddin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua penganut dan masyarakat Cina.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:
Sikap saling menghormati antara kaum perlu terus dikekalkan - PM
#Tahun Lembu
#Muhyiddin Yassin
#Azmin Ali
#Hishammuddin Hussein
#Zuraida Kamaruddin
#Reezal Merican Naina Merican
#Tahun Baharu Cina