PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu

Umavathi Ramayah
Januari 5, 2024 13:10 MYT
Perdana Menteri berkata langkah ini penting bagi memastikan IPT negara mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan universiti diberi lebih ruang untuk memikirkan idea baharu supaya dapat meneroka dunia pendidikan seiring dengan negara-negara lain.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula hanya perlu bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi mengelakkan sebarang pertindihan.
"Selain mengakui ada keperluan untuk melancarkan suatu tindakan yang lebih tegas dan berani dengan kepesatan universiti, (maka) saya ingin cadangkan beri ruang kepada kepimpinan universiti, beri lebih banyak kelonggaran.
"KPT harus hanya menyelaraskan bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan permasalahan.
"(Saya) mencabar mereka dalam dua tahun, melihat program yang lebih baik. Kalau tidak kita ubah kepimpinan, termasuk menteri dan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pelaksanaan Strategi KPT di sini, pada Jumaat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #bidang pendidikan #IPT
;