PM luang masa ziarah sahabat lama iaitu pengasas Yayasan Anda

Bernama
Jun 21, 2024 21:06 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya Mohd Zaki Abdul Rahman iaitu pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda, yang menghidap Alzheimer, di Lembah Keramat hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya Mohd Zaki Abdul Rahman iaitu pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda, yang menghidap Alzheimer, di Lembah Keramat hari ini.
"Saudara (Mohd) Zaki merupakan sahabat saya ketika menuntut ilmu di Universiti Malaya dan sama-sama aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu.
"Beliau juga merupakan rakan pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda sekitar 1972 hingga 1974 selain pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara," katanya dalam catatan di laman Facebook malam ini.
Anwar turut mendoakan agar Mohd Zaki dan keluarganya terus tabah dalam mendepani dugaan serta dikurniakan kekuatan untuk menjalani kehidupan.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #ziarah sahabat lama #pengasas Yayasan Anda #Mohd Zaki Abdul Rahman
;