Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith diberi sambutan rasmi di Perdana Putra di sini hari ini sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia.
Beliau yang baharu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, beliau memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada 106 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejiman Askar Melayu Diraja.
Dr Thongloun yang diiringi Najib kemudiannya diperkenalkan kepada barisan menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta perwakilan asing.
Najib dan Sisioulith kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata sebelum menghadiri mesyuarat delegasi bagi membincang dan bertukar-tukar fikiran ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan rasmi itu membuktikan kepentingan yang pihak Laos letakkan dalam hubungannya dengan Malaysia, di samping ia memberi peluang terbaik untuk mengkaji semula kemajuan kepada hubungan sedia ada.
Ia berkata pemimpin Malaysia dan Laos akan memfokus kepada kerjasama untuk memperkembangkan ekonomi selain berhubung isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Nilai dagangan antara Malaysia dan Laos sentiasa meningkat yang pada 2016, nilai dagangan antara kedua-dua negara berjumlah AS$30.96 juta berbanding AS$17.7 juta pada 2015.
Kementerian Luar berkata Malaysia merupakan pelabur asing kelima terbesar di Laos dengan nilai pelaburan berjumlah kira-kira AS$1 bilion pada 2016.
Dari segi pelancongan, Malaysia merekod ketibaan 31,061 pelancong Laos pada 2016 berbanding 24,228 orang pada 2015.
"Dalam konteks ini diharapkan lawatan tersebut akan memberi kesan lebih besar kepada hubungan kedua-dua negara dan menyediakan platform kepada kedua-dua pemimpin untuk memperbaharui hubungan peribadi dan membina ikatan serta persefahaman lebih erat," kata Wisma Putra.
Lawatan tersebut adalah atas jemputan Najib dan merupakan lawatan rasmi pertama Dr Thongloun ke Malaysia sejak memegang jawatan pada April 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017

Dr Thongloun Sisoulith diberi sambutan rasmi di Perdana Putra di sini hari ini sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia. - Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.

Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.

Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.

Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.

Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.