PM kutuk keras pembunuhan TKP Kastam

Astro Awani
April 27, 2013 00:00 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengutuk keras pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.
Najib menyifatkan kematian Allahyarham sebagai satu kejutan kepada negara kerana ia berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara.
Perdana Menteri berkata demikian pada Jumaat di kem Pasukan Gerakan Am, Hulu Kinta, Perak, ketika berucap di Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 30 anggota keselamatan yang terlibat di dalam Ops Daulat.
Najib turut menyampaikan sumbangan Tabung Wira Lahad Datu kepada waris-waris anggota keselamatan yang terkorban dan yang tercedera semasa Ops Daulat.
#Datuk Shaharuddin Ibrahim #kutuk keras #Najib Razak #Pembunuhan #PM #TKP Kastam