PM kongsi kejayaan Malaysia dengan Arab Saudi

Rizal Zulkapli
Mac 6, 2017 12:02 MYT
Perdana menteri turut menyifatkan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman sebagai satu kejayaan. - Gambar fail
Usaha untuk mengubah ekonomi negara bukanlah usaha yang popular namun ia harus dijalankan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika ini Malaysia menikmati hasil siri perubahan ekonomi yang dibuat sejak 2009.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama saluran berita Al-Arabiya English yang diterbitkan pada Ahad (5 Mac).
Tambahnya, kerajaan harus menunjukkan keberanian untuk mengubah keadaan ekonomi dan perniagaan sejak 2009.
Ini termasuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak daripada 41 peratus kepada 14 peratus.
Tambah perdana menteri, jika ini tidak diubah, negara akan berdepan risiko susulan kejatuhan harga minyak global yang akan memberi kesan kepada hasil kerajaan.
Dalam masa yang sama, perdana menteri turut menyifatkan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman sebagai satu kejayaan.
Tambahnya, keputusan Raja Salman memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam jelajah di Asia Tenggara menunjukkan hubungan akrab yang dikongsi kedua negara.
Perada menteri turut menyentuh kerjasama keselamatan Malaysia dan Arab Saudi serta perjanjian antara Petronas dan Aramco.
Ketika ditanya berkenaan suafoto bersama Raja Salma, Datuk Seri Najib melaporkan ia adalah tanda keakraban hubungan Malaysia dan Arab Saudi.
Tambahnya, ia juga menunjukkan sisi Raja Salma tanpa protokol dan lebih mesra.
#Arab Saudi #hubungna #Malaysia #Najib Razak
;