PM jalani rawatan sebab kanser, lantik TPM tidak benar - PMO

Fauzi Suhaimi
Januari 11, 2021 07:49 MYT
Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser.
Berita itu adalah tidak benar dan dianggap berniat jahat.
PMO dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.
"Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.
"Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar," katanya di sini pada Isnin.
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Timbalan Perdana Menteri #perubatan #menteri #Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin #kanser #berita palsu #lantik TPM tidak benar