PM India Manmohan Singh bersara
Astro Awani
Januari 3, 2014 16:48 MYT
Januari 3, 2014 16:48 MYT
Perdana Menteri India Manmohan Singh, Jumaat, mengumumkan persaraannya dan menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan tugasnya kepada pemimpin baru Parti Kongres selepas pilihan raya.
BBC News melaporkan bahawa Manmohan menyifatkan timbalannya, Rahul Gandhi, 43, sebagai seorang yang “cemerlang” yang boleh dicalonkan sebagai perdana menteri untuk menggantinya.
Beliau turut menyatakan negara India akan kucar kacir jika dipimpin oleh ketua pembangkang Narendra Modi.
Manmohan, 81, merupakan perdana menteri ke-13 negara itu selama hampir satu dekad. Negara itu dijangka mengadakan pilihan raya tahun ini.