PM hulur bantuan khas kewangan kepada 18 individu

Bernama
September 28, 2024 22:30 MYT
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan khas kewangan kepada 18 individu yang memerlukan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam.
"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.
"Saya dan rakan-rakan Kerajaan MADANI akan terus berusaha membantu setiap rakyat yang memerlukan, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #hulur bantuan #bantuan kewangan khas #18 individu
;