PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan

Bernama
Mei 31, 2022 16:33 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitiri Kementerian Belia dan Sukan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Ketibaan Ismail Sabri disambut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin turut hadir.
Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran legenda bola sepak Datuk Santokh Singh, bekas jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, warga sukan dan atlet negara.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Majlis Sambutan Aidilfitri #Kementerian Belia dan Sukan #KBS #Ahmad Faizal Azumu #ti lian ker
;