PM hadir di AKM Kelantan

Bernama
Julai 23, 2022 10:37 MYT
Perdana Menteri tiba bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga penyelaras AKM Kelantan.
AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital membuka tirai semalam hingga esok, bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di negeri ini dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara.
Menerusi pengisian program daripada 26 kementerian, warga Kelantan yang datang sepanjang tiga hari program jelajah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Bagi memudahkan pergerakan Keluarga Malaysia di Kelantan datang berkunjung ke program jelajah, perkhidmatan bas perantara (shuttle bus) percuma disediakan di empat lokasi iaitu Zon A: Parkir Pejabat Kebudayaan Kelantan, Zon B: Masjid Kubang Kerian, Zon C: RTC Tunjong dan ZON D: Dataran Lembah Sireh (Lotus's).
-- BERNAMA
#AKM Kelantan #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Kota Bharu
;