PM dijadual sampai perutusan khas Bantuan PKP 3.0 malam ini

Faris Danial Razi
Mei 31, 2021 19:18 MYT
Muhyiddin dijadual akan membuat satu perutusan khas berkaitan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam nanti.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan membuat satu perutusan khas berkaitan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam nanti.
Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Astro AWANI.
Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#Muhyiddin Yassin #perintah kawalan pergerakan #Majlis Keselamatan Negara #perkhidmatan perlu #total lockdown #Astro Awani #PM #Perdana Menteri #Perutusan Khas #bantuan #pakej bantuan
;