PM dan isteri luang masa bertarawikh dan moreh bersama anggota PDRM

Hilal Azmi
Jun 15, 2017 23:21 MYT
PM beri sumbangan RM150,000 untuk Masjid Bukit Aman dan PERKEP - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam ini meluangkan masa menyertai Solat Isyak dan Terawih bersama anggota dan pegawai Polis Di Raja Malaysia, PDRM.
Beliau dan isteri tiba di Masjid Bukit Aman di sini kira-kira jam 8:32 malam.
Ketibaan Datuk Seri Najib dan isteri disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalannya Tan Sri Noorashid Ibrahim serta pucuk pimpinan tertinggi PDRM.
Usai selesai solat Isyak dan terawih Perdana Menteri dan isteri menyertai majlis moreh bersama jemaah lain sebelum berangkat pulang.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Masjid Bukit Aman, yang terima oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Abdul Gaffar Rejab.
Beliau turut menyampaikan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) yang terima oleh pengerusinya, Puan Sri Imran Ibrahim.
#Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #Najib Razak #PDRM #Perdana Menteri
;