Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turun padang bagi membuat tinjauan ke Unit Hemodialisis Hospital Sungai Buloh bagi melihat sendiri keadaan di sana.
Pada kesempatan itu, Najib turut meluangkan masa berinteraksi dan berbual dengan pesakit.
Najib turut diberikan taklimat tentang keadaan dan keperluan di hospital berkenaan.
"Saya difahamkan bahawa ramai pesakit buah pinggang yang perlu menunggu lama sebelum giliran mereka untuk mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital-hospital kerajaan," katanya dalam entri terbaru dalam blognya, NajibRazak.com.
Katanya, kerajaan juga sedar bahawa bilangan mesin hemodialisis yang sedia ada di Hospital Sungai Buloh adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan penambahan beberapa unit mesin hemodialisis yang baru untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh dalam masa terdekat. Insya-Allah, saya yakin langkah ini akan membawa manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi Hospital Sungai Buloh, Dr Suryati Yakob, berkata dengan pemberian tambahan lima mesin hemodialisis kepada hospital berkenaan, ia diharap dapat memendekkan masa menunggu pesakit.
"Jangka masa untuk mendapat rawatan hemodialisis di hospital kerajaan adalah lama.. paling kurang adalah setahun. Dengan harapan sekiranya perkhidmatan ini dapat diperkembangkan, jangka masa menunggu rawatan hemodialisis di hospital kerajaan dapat dipendekkan."
"Dengan pemberian lima unit hemodialisis semestinya ia dapat memendekkan jangka masa rawatan menunggu hemodialisis dan meningkatkan lagi bilangan pesakit dapat diserap dalam unit hemodialisis ini," katanya ketika ditemui selepas lawatan Najib ke hospital berkenaan di sini, hari ini.
Terdapat keperluan tinggi bagi mesin hemodialisis di hospital-hospital kerajaan seluruh negara untuk menampung keperluan sejumlah 2.5 juta pesakit buah pinggang di negara ini.
Memandangkan rawatan hemodialisis di hospital kerajaan kira-kira 22 kali lebih murah berbanding hospital-hospital swasta, ramai pesakit yang tiada pilihan kecuali menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang amat rendah.
Sebelum ini, Najib juga pernah melakukan lawatan ke beberapa hospital seperti Hospital Kajang dan Hospital Shah Alam bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital berkenaan.
Tan Su Lin
Fri Jan 22 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang meninjau sendiri keadaan di Unit Hemodialisis Hospital Sungai Buloh. -Gambar blog NajibRazak.com
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Mangsa dipercayai terkena libasan kipas utama - Polis
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.