PM berpandangan hubungan Malaysia - Filipina dapat ditingkatkan

Bernama
November 25, 2022 18:45 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Presiden Filipina, Ferdinand "Bongbong" Marcos Jr kerana membuat panggilan telefon dan ucap selamat kepadanya. - Gambar Twitter Bongbong Marcos
KUALA LUMPUR: Berdasarkan interaksi diplomatik dan hubungan peribadi yang telah lama terjalin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau melihat kewujudan kerjasama rapat dengan Presiden Filipina, Ferdinand "Bongbong" Marcos Jr, bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Filipina.
Dalam tweetnya bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Marcos kerana membuat panggilan telefon dan ucap selamat kepadanya, Anwar berkata, Malaysia dan Filipina sentiasa memiliki kerjasama yang kukuh dalam forum dua hala, serantau dan pelbagai hala.
Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.

Thank you President @bongbongmarcos for the telephone call and best wishes. As founding fathers of ASEAN, our two nations have always enjoyed strong cooperation in bilateral, regional and multilateral forums. https://t.co/r5SSYbbLQC

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Marcos menerusi twitter telah menyampaikan ucapan tahniah secara peribadi dan rasmi kepada Anwar atas pelantikannya sebagai perdana menteri.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan baik saya @anwaribrahim atas pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya mengharapkan kepimpinan beliau akan membawa kestabilan kepada Malaysia dan rantau ini," katanya. -- BERNAMA

I would like to congratulate my good friend @anwaribrahim for his election as Prime Minister of Malaysia. I look forward to the stability that his leadership will provide Malaysia and the region. My personal and official congratulations! pic.twitter.com/k1xAK7AFJz

— Bongbong Marcos (@bongbongmarcos) November 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Anwar PM ke-10 #presiden filipina #Ferdinand Bongbong Marcos Jr
;