PM beri sumbangan pada penyampai Astro ARENA, isteri
Farhan Hakimi
Jun 12, 2024 11:55 MYT
Jun 12, 2024 11:55 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menghulurkan sumbangan kepada penyampai berita Astro ARENA, Akbar Sahari dan isterinya.
Menerusi satu hantaran di platform X, Anwar yang diwakili Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi, menziarahi Akbar dan isterinya di hospital yang mengidap kanser usus tahap 4.
Menurut Anwar, sumbangan itu disampaikan agar beban kos perubatan yang ditanggung dapat diringankan.
Anwar turut mendoakan Akbar serta keluarga supaya tabah dan sabar menempuh dugaan yang dihadapinya itu.
Beliau juga mendoakan agar isterinya dikurniakan kekuatan untuk melawan penyakit tersebut.
Akbar menerusi laman akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kunjungan tersebut.