PM bakal lancar PR1MA di Kuantan

Astro Awani
Mac 23, 2013 17:58 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuantan.
Pelancaran PR1MA itu bersempena program Jelajah Janji Ditepati di Padang MPK 2, Jalan Stadium, Kuantan jam 8.30 malam ini.
Menariknya, perkhidmatan ‘shuttle bus’ akan disediakan secara percuma kepada pengunjung.
Sebanyak dua bas disediakan bagi setiap laluan dan perkhidmatan ini bermula 7 petang hingga 9 malam dan dari 11 malam hingga 1 pagi.
Tiga laluan utama yang disediakan ialah di hentian bas Cenderawasih, kawasan parkir Taman Gelora dan Yayasan Pahang.
Pelancaran PR1MA di Kuantan tepat pada masanya kerana ia akan memenuhi keperluan penduduk di tiga kawasan parlimen utama di Kuantan iaitu Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
Dijangka program ini bakal menarik kehadiran lebih 70,000 pengunjung.
#Datuk Seri Najib Razak #Jelajah Janji ditepati #perumahan rakyat 1malaysia
;